Sunday, November 08, 2009

Gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan



Nampaknya harapan kakitangan awam untuk mendapat bonus hujung tahun hancur berkecai. Ini disebabkan kedudukan kewangan negara yang didakwa oleh kerajaan dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Justeru kita yang berkenaan hendaklah bersyukur dengan wang ikhsan sebanyak RM500.00 yang telah diluluskan. Kalau boleh tidaklah perlu lagi meminta-minta seperti pengemis setiap menjelang pembentangan bajet tahunan untuk mendapatkan bonus sebulan gaji. Sedarlah bahawa Malaysia yang serba boleh dan punya satu-satunya menara berkembar tertinggi di dunia masih belum cukup makmur dan mewah untuk memenuhi permintaan kita itu. Kenalah cari jalan lain untuk menambah pendapatan asalkan jangan merompak, menyamun dan melakukan rasuah. Doa-doalah agar ekonomi negara terus berkembang dan bajet pada tahun 2011 ada habuan untuk kita.

11 comments:

mamai said...

setuju nak lebih kena usaha bukan menagih simpati...

Unknown said...

jom pakat2 puasa sampai raya haji ni.... hehehe

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"Malaysiaku yang gemilang ...".

ONE ZABA said...

melopong je la!!!!!

ummu said...

Amin.
Entry yang ringkas tapi membawa mesej jelas.

abu muaz said...

kenapa tiap kali bajet sentiasa mengharapkan bonus diberi ......

mungkin kerana kita semua telah diajar meminta-minta......

mungkin kita ini telah diajar menjadi minda subsidi....

tapi sapa yg ajar itu semua ya?

arsaili said...

salam...ameen moga negara kita terus makmur

Anonymous said...

Setuju >> pada gomen servant yg mkn gaji buta atau krg komitmen.

Tak setuju >> keje kat bwh agensi mcm kami ni..tak kira masa..lintang-pukang dibuatnya semata2 nak penuhkan hasrat menteri..then overtime cuma diberi cuti rehat.

Kesian kat kumpulan bawahan.

Mak Su said...

swasta pun gigit jari gaks

Masy said...

swasta gigit jari sampai putus hehe

de_kerinchi said...

salam kak,

rasanya masih ada harapan....RM500.00 tu....