Wednesday, January 27, 2010

Cerita anak daraku


Wajah nakal ceria anak daraku Nabilah dihari graduasi yang menabalkannya sebagai Doktor Muda pada tanggal 25 Januari 2010 (Isnin) di Universiti Sumatera Utara (USU). Tahniah sayang!

Nanti pada 01 Februari pula dia akan memulakan latihan klinikal di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Semoga Allah pertingkatkan iman, permudahkan urusan pembelajaran dan kehidupannya serta menjaga keselamatan dan kesihatan. Amin.




Semasa bercuti semester bulan lalu anak daraku mengingatkan supaya menjalani pemeriksaan Pap Smear sebagai langkah pencegahan kancer rahim.

Nabilah : Ibu jangan lupa buat Pap Smear tahun ni ye, adikpun dah ingatkan kewan-kawan adik yang lain.

Aku : (Terkesima) biar betul adik (panggilan manja anak daraku) setahu ibu Pap Smear hanya untuk mereka yang telah berkahwin, anak dara mana boleh

Nabilah : Laaa ibu, kawan perempuan adik ramai yang takde dara lagi

Aku : Ibubapa mereka tahu ke dik?

Nabilah : Mestile tak tahu bu, sejak di Medan lagi ramai yang dah lepas bebas macam suami isteri, tiada sape yang nak marah atau ambil tahu

Aku : Ibu doa agar adik jangan sampai jadi macam tu, diri kalau dah tercemar satu senpun tak guna

Nabilah : Insyaallah bu, takkanlah adik nak buat macam tu, adik ingat semua pesan ibu dan ayah, janganlah bimbang

Aku : Alhamdulillah (Aku mengucap syukur kepada Allah)

Alangkah sukarnya menjaga anak dara di zaman ini, apa yang diperkatakan oleh anak daraku amat menakutkan, kalau dulu hanya gadis-gadis kilang yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan sex bebas, kini pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi tidak terkecuali. Anak-anak bangsa yang cerdikpandai tapi mudah tewas dengan hambatan nafsu serakah. Tidak adil menyalahkan ibubapa yang rata-rata telah memberi bekalan ilmu agama dan nasihat berguna kerana pengaruh kawan-kawan ternyata lebih berbisa. Di manakah punca sebenar perkara ini sehinggakan ia menjadi semakin parah.
Ini MASALAH kita semua SATU MALAYSIA!

14 comments:

Mak Su said...

saspen membacanya, anyway, tahniah kepada akak dan anak akak :)

abu muaz said...

Salam.Tahniah atas kejayaan ini.Anak kedua saya juga bernama Nabilah.(masih menuntut di fakulti pengajian Islam di Universiti DarulIman - Terengganu.

ONE ZABA said...

doktor nabilah...tolongggg!!!! sakit jatuh hati ni....heh..hehhhh!!!

zino said...

tahniah kepada Doktor nabila dan ibu yang melahirkan nya..

chekdenoor said...

Salam,

Tahniah.... mudah-mudahan cepat dapat menantu ...ukhukkkssss ....jemput ya....heheheheheh

Anonymous said...

Tahniah, dah ada anak dara rupanya :)

I'm Seri said...

TAHNIAH. Tahniah buat akak kerana berjaya melahirkan seorang anak yang patut dibanggakan.

Tahniah.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

alhamdulillah... tahniah buat si anak itu.... moga jadi doktor yg berjasa....

mamai said...

syukur kamu mempunyai anak yang dengar kata...

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Tahniah kepada Dr Along Nabilah yang dah bergelar Dr. Tahniah pada puan dan suami yang berjaya mendidik anak sehingga berjaya. Bukan untuk dunia sahaja malah hingga ke akhirat.Saya sangat berbangga dengan Nabilah apalagi puan dan abahnya.

arsaili said...

salam tahniah seisi keluarga..semoga berjaya menempuh tugas sebagai houseman...yg penting kena pro active in order to survive

Abg Din said...

tahniah...

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Ada tag untuk puan di blog saya, sila jawab sebab awak orang Johor ..he..he..

MSOM said...

Tahniah, dan syabas atas kejayaan melahirkan anak yang gemilang.