Ada ketikanya kita mahu lari dari keriuhan yang mengganggu fikiran dan membingitkan telinga. Bersendirian, tanpa sesiapapun. Mengintai jendela masa yang telah berlalu, memungut butiran peristiwa yang terdampar di pantai kenangan, yang indah dan yang pahit. Terkadang tanpa sedar kita tersenyum dan tanpa paksa kita menangis. Kita terantai oleh sejarah silam, kalaupun ianya telah berlalu anehnya tanpa diundang ia tetap datang menerjah sesuka hati. Tanpa bantahan kita melayaninya selagi-lagi.
4 comments:
penjarakan perasaan dalam diri yang terpenjara... aduhai, sesaknya nafasku
lor.. sedeh lak gua bace
Salam...
Terkadang saya pun ingin begitu..
Salam Noorlara,
Nyawa yang terpenjara didalam jasad, tidak pernah meminta untuk dilepaskan.
Seorang insan yang mungkin mampu memenjarakan raganya, mungkin tak mampu mengekakng minda yang akan terlepas bebas dan tersendiri...
Post a Comment