Friday, July 23, 2010
Kurang upaya tapi berupaya
Dulu pokok ini macam yang lain juga pasunya menadah langit tapi disebabkan kesibukan aku lupa untuk mencantasnya, akibat dari itu pokok ini tumbang mendakap bumi. Bertahun menanamnya sayang pulak nak dibuang lalu ku biarkan ia terus tumbuh walaupun dalam keadaan terbalik. Ada menganggap pokok ini telah cacat tapi aku melihatnya penuh seni dan luar biasa indah.
Demikian juga dalam kehidupan sehari-hari seringkali kita memandang remeh keupayaan mereka yang kurang upaya. Tanpa memberi ruang dan peluang mereka segera diketepikan sedangkan yang cacat mungkin tubuh badan sahaja bukannya keupayaan akal fikiran. Kehebatan mereka kekadang diluar jangka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
hiii ada orang melihat dari perspektif lain... biarkan alasan menghukumnya
kat pasar malam ramai yg bersikap terbalik...
berupaya tapi kurang upaya...lebih suka jadi peminta sedekah
Salam..
Kadang tindakan kita yang berupaya ini memberi peluang kepada mereka yang kurang upaya itu menjadi tidak berupaya..
Salam Lara, ada juga orang yang cukup segala sifat dan pancaindera tetapi jadi buta, tuli dan bisu apabila mereka lupa bahawa Allah adalah pencipta mutlak semesta alam ini....
pokok pun pandai berubah ikut perubahan persekitaran.. manusia?
Memang klasiklah jadinya pokok tu
Walaupun rebah ia tetap subur. :)
Post a Comment