Thursday, July 15, 2010


Sukarnya untuk meninggalkan seseorang yang disayang, keterpaksaan amat menyiksakan namun kalau ia merupakan jalan yang terbaik maka jangan menoleh lagi. Demi mengembalikan hak dan kepentingan orang lain, agar terhindar dari dosa yang mengejar.
Sedih dan pilu bagai tersayat sembilu, dunia rasa gelap, langit kelabu dan mentari entah ke mana.

Semoga tuhan menambah kekuatan jiwa dan ketabahan hati. Percayalah luka itu akan beransur sembuh kalaupun parutnya akan kekal sampai kemati kita tidak akan menyesal kerana berjihad melawan nafsu. Sesekali mungkin kita akan tertewas oleh rasa rindu, belajarlah untuk menepis resah, berkorbanlah untuk kebahagiaan orang lain.
Cerita itu akan jadi sejarah cubalah untuk tidak membuka lipatannya agar hati tidak menjadi rawan dan gundah gulana. Cinta dan kasih sayang itu? Serahkan kepada Allah untuk menentu.

5 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Moga Allah sirami dikau dengan pancaran hidayah, luas lapangkan dada, jelas jernihkan mata hati, dan pimpinmu sepanjang jalan ini. Insya Allah. Ingat Allah selalu, sahabat. Dia-lah yang selayaknya dicintai, barulah kamu dapat mencintai makhluk-Nya. Sebenar-benar Cinta.

d' azali said...

Sesekali mungkin kita akan tertewas oleh rasa rindu, belajarlah untuk menepis resah, berkorbanlah untuk kebahagiaan orang lain.

Petikan diatas sangatlah membantu..

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Seakan ada resah dan kepahitan terpalit dihati kebelakangan ini.

Yang bernama CINTA tidak akan kekal selamnya, melainkan cintaNya sahaja. Begitu cinta sebuah jasad dan nyawa akan terpisah dek ajal yang singgah. Begitulah kehidupan sesuat yang baharu itu, tiada kekalnya.

Bertaqwa kepadaNya, saya pasti anda akan menemui sebuah kebahagian yang akan mendatang.

dino said...

pass

Nek Cun said...

Salam Lara, sekiranya kita sentiasa bergantung kepada Allah dalam apa jua tindakan kita, InsyAllah, hidup kita akan beroleh keberkatan dan kebahgian... kalau tidak di dunia ini, di akhirat pasti kita akan merasa jua kebahgian itu...