Tuesday, June 21, 2011

Hari Bapa

Kelahiran seseorang anak itu adalah anugerah dariNYA yang tidak ternilai dan menambah sempurnanya kehidupan berumahtangga


Tanggungjawab bapa adalah membimbing anak-anak berpandukan Al Quran dan Al Hadis agar anak itu terjamin kebahagiaan dan keselamatnnya di dunia dan akhirat




Ayah tempat bermanja dan berkongsi suka dan duka


Ahad lepas 20 Jun 2011 yang juga diisytiharkan sebagai Hari Bapa Sedunia, aku sempat menghadiri Majlis Walimah anak kenalan di Batu Gajah. Seorang lelaki separuh umur membelek telefon bimbitnya sambil dengan bangga memberitahu "HP i ni sejak semalam tak henti-henti terima sms dari anak menantu ucap Selamat Hari Bapa". Seorang lelaki lain yang sebaya denganya mencelah "ermmmm anak i yang 2 orang tu belum lagi hantar ucap selamat, lupe le agaknya".

Bagiku yang kematian ayah sejak umur lima tahun hanya mendengar tanpa sebarang komen, aku tiada kesempatan untuk mengucapkannya kepada ayah, namun setiap kali lepas sembahyang 5 waktu aku tidak pernah lupa berdoa dan membacakan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas untuknya. Begitu juga saban Khamis malam Jumaat selepas solat Magrib pasti bacaan Yassin buatnya. Justeru setiap kali selepas itu aku seakan terbayang ayah tersenyum manis penuh kasih memandangku. Ayah, aku rindu dan sayang padamu.

8 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga sihat hendaknya..

Tiada lain yang mampu kita sumbangkan kepada ayah jika dia sudah kembali kepada~Nya, hanya doa mengiringi sentiasa hinggalah kita sendiri kembali kepada Yang Maha Pencipta.

zia said...

kita sama..arwah abah pergi meninggalkan kami pada 8/02/2009..hanya doa yg dpt mengiringinya..moga rohnya damai di sana

mamai said...

masih lagi rindu pada arwah ayah...org yang ada waktunya bersama kita tapi kerap kita terlupa...

de_kerinchi said...

Ayah ku telah mengadap Ilahi..rasanya ingin kembali kemasa silam ..memeluk dan mengucup tangan nya...

Mak Su said...

sy rindu arwah ayah saya

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Ucapan dan tarikh hari bapa, bagai satu formaliti sahaja. Jika kita sedekahkan al fateha dan apa jua yang afdal itu lebih baik dari ucapan. Apakah yang dikehendaki oleh seorang bapa sebenarnya? Untuk melihat anak2 mereka menjadi insan yang baik dan sempurna.

zedmagel said...
This comment has been removed by the author.
terokai seni said...

dah enam kali jadik bapak ni

slamat posa