Monday, October 10, 2005

Kisah Benar



Disuatu petang yang menyesakkan dalam perjalananku ke Puduraya untuk balik ke rumah

"Assalamualaikum cik adik" seorang jejaka yang memang tampan, berkulit cerah, tegap dan kemas menegurku dengan ramah.

"Waalaikumussalam' jawabku selamba

"Dik abang tengah kesusahan ni boleh tolong tak, sebenarnya tadik masa abang sedang sembahyang di masjid negara tetiba beg duit abang iambil orang, abang dah buat repot kat Balai Polis Jalan Bandar tu. Dia orang nasihatkan juga minta tolong dengan perempuan bertudung untuk dapatkan bantuan wang, abang nak balik ke Muar ni, ni ha gambo isteri dan anak-anak, tak banyak dik dalam RM20.00 cukuplah, nanti sampai Muar abang bayar balik duit tu" lancar sekali cik abang ni bercakap namun dari riak wajahnya aku tak nampak lansung kerut keresahan dan dukacita di matanya.

"Erm minta maaflah bang sebab adik tak bawa duit banyak, ni ha mak bagi RM2.00 je cukup-cukup untuk tambang balik ke Langat, sorry ye bang, abang minta kat orang lainlah" entah dari mana aku mendapat idea itu, entah kenapa juga aku lansung tak percaya dengan cakap cik abang tu sedangkan sebelum tu aku ni sangat mudah lembut hati bila dengar kesusahan orang.

"La tolonglah dik tak dapat RM20.00 RM10.00 pun bolehlah takkan adik tak ada banyak tu, nanti abang bayar balik, ni ha alamat abang, tolonglah dik" cik abang tu mengekori aku dan keep in merayu berkali kali.

"Saya dah bagitau kan tadi memang tak ada duit sebanyak tu, maaflah, abang minta tolongle kat orang lain ye, minta maaflah bebanyak" aku menjawab sambil melarikan diri dicelah celah kumpulan manusia yang ramai tu.

Esoknya aku ceritakan perkara itu kepada rakan-rakan di pejabat dan hendak dijadikan cerita rupa-rupanya rakan sebilik salah seorang rakan sekerjaku pernah kena tipu seorang pemuda yang menggunakan skrip yang sama.

Fuuuh, aku bersyukur kerana terselamat dari menjadi mangsa mamat tu dan sekaligus merasa lega kerana kalaulah benar dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan tentu aku dah terlepas dari membuat kebajikan.

Inilah Kuala Lumpur juga kota kota besar yang lain, selagi ada kemahuan di situ ada jalan, manusia selain menggunakan tulang empat kerat untuk mencari nafkah, ramai juga yang menggunakan kecerdasan akal fikiran yang dipinjamkan oleh Ilahi untuk menipu manusia lain dan mendapat wang dengan begitu mudah.

Selagi kita bersedia untuk ditipu maka episod tadi akan sentiasa berlegar di lorong lorong kehidupan ini. Jadi berhati-hatilah bukan saja di jalanraya tapi juga dijalan-jalan kehidupan ini.

Tapikan, cuba teka kenapa aku tidak terpedaya dengan tipu helah mamat encem yg tak senonoh tu?

14 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Akak..akak dok langat ekk..
kiter pun mak kiter pun kat langat jer.. ntah2 kiter kenal tak..kiter demam lagi nihhhh ,sakit tekak...

noorlara said...

taklah tiara, tu citer lama leee masa nyewa kat sana le ni kat Ipoh le sayang, erm tak makan ubatke tiara, ish bodak ini takut makan ubat ke

Deanz said...

rencah kehidupan di hutan batu...

kutu mengaku hilang arah tuju

Noorlara nyaris mati kutu...

noorlara said...

nasib baik takde kutu kat ranbut haku ni deanz, hahaha

Masy said...

haaa..agaknye sbb kak noor mmg ada doploh hengget je kot??
ermm..biasa laa org2 cenggini..org pon penah kene rasanya..memula borak cam baikk je..pehtu nk mintak duit..upsss..mintak maapla..sy klu KL ni byk x percaya dari percaya..
jgn mara aaa... ;)

noorlara said...

Masy, antara sebab hakak tak bagi tu sebab cuba bayangkan, abang encem yg tak senonot tu kate dia dah jumpa polis so pasai apa tak mintak tolong kat polis jek, yg sampai nak cari pompuan bertudung.

Pehtu rupa dia selamba kodok jek lansung tak nampak dalam kesusahan dan yg menjadi tandatanya dia kate beg duit dia kena curi masa semayang kat masjid negara tapi macamana laks dia tunjukkan gambau keluarga dia tu yg memang dalam beg duit gaks, brapa banyak wallet dia ada dahhh

faisal said...

laa wak,kat situ memang ramai sangat org cari makan guna style camtu...dari dulu lagi rasenye..dah beberapa tahun tak g sane,ada lagi org pakai tektik yg same ek.dia bleh dapat lebih rm100 sehari tau dgn belas kasihan org..kitapun tak kaye cenggitu:)

ita... said...

kak noor...
jgn caya manusia bertopeng tu kak noor, muka jer "sopan" tapi hati... nasib baik kak noor pandainye...... hati2 eh kak noor lain kali, bukan tak leh nak bersedekah but justt b carefull k...

noorlara said...

Faisal,

Yang ramai cenggitu lelaki, tapi itu dulu le ni pompuan pun bersepah, mintak sedekah cara terhormat.

Apa nama blog awak ek

Ita,

mekacih ek, sebenonye lom kena tipu lagiks le sehingga kini sebab tepat pada waktunye Allah bagi petunjuk, kui kui

zalisa said...

perkara biasa noorlara cerita ni. dah banyak kali saya dengar dari seseorang yg biasa berulang alik dari Seremban ke KL.

Bijak ambil tak tahu dari tunjuk simpati. mereka bukan susah tapi mewah dalam diam.

noorlara said...

Betul tu zalisa, namun kesian kat yang kena tipu siap ngan simpati lagi. Biasanya orang yang menipu suatu hari akan tertipu juga

Noushy Syah said...

kak noor....uaaaaaaaaaaa...mana g cbox akak???

noorlara said...

ermm cbox hakak dah kene tentang kat bawah sana lah noush, uahhhh uahhh

jed1 said...

kutu2 smart peminta sedekah mmg berlambak kat kl ni..modus operandi sama je..merayu nak duit tambang sbb kena pickpocket ler etc..dulu saya pernah kena gak sorang mamat ni mengadu kena curi wallet so takde duit tambang nak balik seremban..siap bersumpah2 lagi--tak sampai hati bagi je lah...niat sedekah