Sunday, November 16, 2008

hati yang terluka



Tadi siang aku terima panggilan telefon dari seorang kawan dengan khabar duka. Tanpa dia duga rupanya telah dua tahun dia dimadukan. Begitu dia diberitahu sendiri oleh suaminya baru dia perasan perubahan sikap lelaki itu dalam 2 tahun kebelakangan ini. Patutlah lelaki itu sentiasa offkan hp dia bila di rumah, patutlah dia selalu tuko pin no. hp dia dan patutlah dia tak kisah bila tidur sendirian. Sikap dia berubah.

Akan tetapi yang amat dikesalkan oleh kawan aku itu ialah suami dia nikah ngan janda yang umurnya sebaya dengan dia - 50 tahun, maknanya lima tahun je mude dari suami dia. Dia tanye apa kurangnya dia sebab:

Dia terpelajar pmpuan tu tidak
Dia pengetua sebuah sekolah menengah pompuan tu tak kejepun
Dia bantu perbelanjaan rumahtangga pompuan tu tidak walau sesenpun
Dia dah 27 tahun mengabdikan diri kepada suami dia jadi tukang masak, tukang kebun, amah dan room service sedangkan pompuan itu baru 2 tahun

Dia mendapat tahu berita ini pada hariraya lepas ketika suami dia tertidur dan lupa offkan hp dia. Bila dia jumpa sms pompuan itu dan pertikaikan ngan suami dia maka dengan selamba kodok lelaki itu bagitau yang dia dah nikah sejak 2006 sebab dia kesian.

Apapun konunnya lelaki itu dah insaf dan akan menceraikan isteri kedua pada hari jumaat ini sebab dia tak mahu ceraikan kawan aku tu.

I have no comment tapi apa yang nak aku perkatakan ialah dari suaranya aku dapat merasakan kesedihan yang teramat dan luka yang dalam di hatinya. Alangkah rawannya kalbunya lantaran kepercayaan dikhianati dan kesetiaan tidak dihargai. Dalam tawa dia aku mendengar tangisan yang panjang kalaupun suaminya kembali semula dan menjadi lebih baik dari dulu tapi bekas paku yang telah dicabut dari papan hatinya akan tetap di situ walaupun dicat dengan warna keinsafan. Things will never back to normal!

Pada kaum lelaki yang terbaca tulisan ini aku pohon agar elakkanlah dari menyakiti hati isteri anda dengan berbuat curang dan khianat sebab sakitnya akan kekal hingga ke tarikan nafas terakhir.

8 comments:

chekdenoor said...

Salam,

Kesian dia...... itulah takdir..... susah nak kata...... bila dah nasib acam tu...nak buat macam mana....

Cuma chekdee harap....ini semua tidak terjadi kepada chekdee ... mahupun kepada anak-anak.......

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

kekadangf manusia itu sentiasa dalam keliru,
apa yg dicaripun dia tak tahu,
apa yg dipilihpun dia buntu,
yg dah ada dia buat tak tau
yg dicari pula tak tentu kalu
itu pasal selalu jadi haru biru...

noorlara said...

chekdeenoor,
memang betul u cakap kita hanya bisa berdoa disamping memperbaiki kelemahan diri setiap masa. Layan suami lebih mencabar dari layan baby tak gitu!

noorlara said...

al-bima sakti,
kalau ditala pada yg bersalah
alasan mereka kami ni manusia
berbuat salah memanglah lumrah
dah takdir nak buat camna!

azlin hashim said...

Itu lah perkara yg perlu di tanggung oleh seorang isteri. Suami berlaku curang, rahsia pecah pun secara kebetulan terjumpa Sms, kalau setakat nak berterus terang mmg tak ada. Selama 2 tahun isteri terpaksa mkn hati. Kenapa lelaki mcm tuh?

maklang said...

seram maklang baca ni...

kesian kat kawan tu...moga dia tabah...

Masy said...

huhuhu *tatau nk ckp ape*

SD design_kampungparis said...

sian kawan awak tu,smoga dia tabah menghadapi dugaan dunia,
n peristiwa itu dapat kita jadikan iktibar......

insyaalah....