Thursday, February 26, 2009

Keajaiban - kalau sudah begitu kehendakNYA


above is 6th photo of 6th photo folder of my photos folder. Begitulah arahan tag yang lara terima dari chekdenoor. Gambar diambil pada 12 Januari 2009 (Isnin)

Cincin tu lara beli dengan wang yang A beri sempena ulangtahun perkahwinan. Tanpa diduga ia hilang sehari sebelum Eidul Fitr tahun 2006. Jenuh mencari di rumah, dalam kereta dan di pejabat. Tidak sedikit peristiwa kehilanganye menjejaskan ketenteraman jiwa. Sedih dan musykil sebab lara tidak pernah cuai menyimpannye dengan barang kemas yang lain setiap kali selepas menanggalkannya dalam beg tangan. Lara terpaksa menerima hakikat bahawa cincin itu telah tiada namun sentiasa berdoa agar akan menemukannya semula. Berharap dan merayu dengan bersungguh-sungguh kepadaNYA.

9 Januari 2009 petang selepas lebih dari dua tahun semasa mengambil lara balik dari pejabat A telah menyerahkan cincin itu dengan jangkaan lara akan terjerit dan melonjak kegembiraan, anihnya lara cool tapi tetap bersyukur kepadaNYA, Amat amat bersyukur. Sejak cincin itu telah ditemui sampailah sekarang lara masih tercari-cari jawapan bagaimana cincin yang lara simpan dalam uncang kecil berwarna hitam itu ada di dalam tempan menyimpan barang kereta Cyron tu sebab dah berulang kali sebaik saja kehilangan disedari seluruh ruang kereta digeledah. Kemusykilan kedua adalah sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya lara dengan sengaja mencampakkan cincin tersebut ke situ malah kalau cincin suasa sekalipun tetap akan lara simpan dengan baik. Lagipun kereta itu telah banyak kali diservis. Jawapannya hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Justeru

jangan mudah berputus asa
sebab putus asa akan menyebabkan kita berhenti berdoa.
bila berhenti berdoa
tiada apa yang dipohon
bila tiada apa yang dipohon
maka tiada apa yang akan diberi


Lahaulawalaquwataillabillah

4 comments:

Mak Su said...

pelik gaks ek, tapi yg penting, bersyukur :)

chekdenoor said...

alhamdulillah....lara dah dapat balek cincin kesayangan tu..... muat lagi ker kat jari lara????

untuk mengetahuan lara..... laralah orang yang pertama dalam senarai 6 yang sahut rangkaian cabaran yang bermula dari maksu...kepada kak pah dan kepada chekdee dan seterusnyer kepada lara ...heheheheh...thanks

ONE ZABA said...

bolehlah beli lagi

Masy said...

klu dh rejeki kita tak kemana kak :)