Friday, March 27, 2009
kenapa ketam?
Sejak dua menjak ni kedengaran orang membicarakan mengenai ketam yang mengajar anaknya berjalan. Sendiripun jalah tak betul nak ajar anak pulak, hahahahhaa. Persoalannya di sini benarke ketam tu jalannya tak betul, atau dia dianggap jalan tak betul sebab cara berjalannya tak sama macam kita, menghala ke depan sedangkan ketam mengereng atau menyenget. Jangan-jangan dalam dunia ketam meraka pulak berkata "jangan jadi macam manusia nak mengajar anaknya berjalan senget" hahahahahah sekali lagi.
Kalaulah ketam tu sedar betapa kita manusia telah melanggar hak asasi mereka dengan memburuk-burukkan generasi mereka sejak dulu dah tentu mereka atau memberontak dan menyepit kita. Tentu mereka akan berkata "tahukah engkau wahai manusia bahawa aku inipun makhluk Allah yang indah kejadiannya dan banyak manfaat kepada kamu, selain sedap dimakan yang penting sekali aku tidak seperti manusia yang sentiasa berbuat dosa dan angkara di muka dunia ini. Tentu ada hikmahnya kenapa kami diciptakan berjalan mereng, jadi jangan nak menghina ketam lagi. Ingat!"
Betulle pulak, kanke yang berbuat jahat itu kita kenapa pulak nak disamakan dengan ketam, apa salah mereka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
he3x..ye tak ye jugak..sian ketam
rasanye klu ade ketam yg jln lurus, mungkin ketam tu akan dituduh sbg ketam yg jahat, atau dalam bahasa saintifiknye ketam ronggeng.
:D
kalau ada ketam jalan lurus, mesti depa kata KKU (Ketam Kurang Upaya)
Hello Noorlara, ha ha, jalan senget.
Isteri saya pun, sebab satu minggu lagi dapat anak, she giving birth.
Ada senang datang pondok saya, best regards, Lee.
Apa kata anak ketam terhadap manusia ?
Cam tulah manusia.....selalu nak salahkan orang lain apabila berlakunyer kesilapan....dah kalau tak ada orang yang nak disalahkan....tangkap muat pulak ketam....heheheheh...... asal boleh alehkan telunjuk kat tempat lain.....oklah tu....
tak suka makan ketam... bukan sebab dia jalan menyenget.
Post a Comment