Monday, March 09, 2009
Wahai lelaki jadikanlah Rasulullah sebagai idola
Setiap tahun kita menyambut ulangtahun kelahiran Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dengan berbagai-bagai majlis dan acara, perarakan, cermah agama dan anugerah. Namun setakat manakah kita mengambil teladan akan perilaku, ketabahan dan perjuangan baginda.
Kebanyakan lelaki zaman ini berebut-rebut nak berpoligami konon nak ikut jejak rasul sedangkan yang lebih utama sebenarnya adalah menghayati bagaimana baginda menjalani hidup berumahtangga. Umum mengetahui betapa romantik dan penyayang serta sabarnya baginda dalam melayani karenah isteri-isteri, belum lagi diperkatakan akan berhemah dan bijaksananya baginda dalam menangani masalah perkahwinannya.
Baginda berkahwin lebih adalah atas sebab kepentingan masyarakat dan agama Islam sedangkan lelaki sekarang pasang dua tiga hampir semuanya bermula dengan hubungan sulit yang terlarang disamping rata-rata mengabaikan kebajikan isteri dan anak-anak dari perkahwinan terdahulu. itulah sebabnya wanita sekarang sukar untuk bersetuju juka sang suami meluahkan hasrat untuk menambah istei. Wanita tidak menolak hukum yang membolehkan tetapi kecewa dengan kegagalan suami terbabit dalam menjalankan tugas sebagai suami berpoligami yang adil dan bertanggungjawab.
Bagindalah sepatutnya dijadikan idola oleh semua umat manusia di muka bumi ini. Semoga akan bertambah kasih dan sayang serta rindu kita kepada baginda Rarullah. Justeru bersamalah berusahalah agar kita menjadi muslim / muslimah yang kamil berpandukan Al Quran dan Sunnah tinggalan baginda agar kita dapat berjumpa baginda di jannah. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Hi Noorlara, just dropped by say hello.
Have a pleasant week, best regards, Lee.
Salam Maulidur Rasul.
Hmmm ... POLIGAMI adalah isu yang tidak akan selesai hingga kiamat. Yang paling utama ialah memikirkan NASIB diri sendiri di ALAM MAHSYAR kelak.
Salam maulidurrasul.....so busy la lately
idola kepada semua
diva rasa pun nak ikut jejak rasulallah... tapi tak tau kat mana nak ikut...
salam...
moga semua kaum lelaki mahu pun semua umat Islam sedar yang kita ada idola yang harus dicontohi...
amalan baginda harus dijadikan ikutan dan panduan... untuk kesejahteraan...
Hati dan pemikiran manusia, sukar ditafsir.
Post a Comment