Sunday, June 28, 2009

Kasihnya seorang bapa


Dengan mengetepikan kes-kes terpencil, maka tiada seorangpun antara kita yang dapat menolak hakikat bertapa agungnya kasih seorang bapa setanding dengan kasihnya ibu.
Sedari bayi hinggalah kita melangkah ke sekolah rendah kemudian sekolah menengah seterusnya memasuki pusat pengajian tinggi, bapalah yang memikul beban mencari wang untuk mempastikan kebajikan isteri dan anak-anak sentiasa terjaga.

Melainkan bapa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan pekerjaan yang terjamin, kedapatan bapa yang sanggup berbuat apa saja hatta mencuri dan merompak demi mendapatkan wang untuk menggembirakan hati anak-anak. Alangkah beratnya tanggungjawab seorang bapa.

Kebanyakan bapa tidak pandai atau terlalu ego untuk melahirkan rasa kasihsayang kepada anak-anak namun mereka juga seperti ibu kita yang sering dihimpit rindu kepada anak-anak bila lama tidak mendengar suara atau menatap wajah kita.

Lahirkankan rasa kasih kita selagi bapa masih hidup dan tunaikanlah hajatnya jika ada agar kita tidak dilanda rasa terkilan dan kesal seumur hidup ditakdirkan bapa pergi nanti. Bukan saja pada hari bapa tetapi kalau boleh setiap hari atau sekerap yang mungkin. Biar bapa merasa betapa hangatnya kasihsayang kita terhadapnya.

11 comments:

chekdenoor said...

nora....chekdee pun sayang abah....tapi....sejak abah dan mak tak bersama....23 tahun dah..... chekdee tak boleh nak berhubungan dengan abah...bukan tak sayang tapi..... ini kes terpencil...... susah nak terima dia...ukhusssss

Tirana said...

Amboi..comei pulak baby kat dalam gambar tu... Kak tirana dah tak ada ayah..huhuhu

mamai said...

comelnya baby tu best dapat tidor cam tu yer

ONE ZABA said...

aku lah bapa itu!!!

de_kerinchi said...

salam benar sekal ungkapan itu....
ayah saya dah lama pergi...tapi masih tergiang nasihat nya...sayangi lah ayah dan ibu, semasa ia hidup.kerana kita pasti merinduinya bila mereka sudah tiada....

dan ternyata ia benar kerana sesudah ketiadaan ayah, barulah merasa betapa rindunya saya pada kenangan silam, kini hanya ada ibu untuk ditumpahkan kasih dan sayang....sebelum ibu atau saya yang terlebih dahulu pergi...

Mak Su said...

dorang tak berapa pandai nak shower anak2 dengan kasihsayang, tapi kasihsayang dorang tetap pure :D

zino said...

anak anak zino semuanya manja dengan zino masa kecik2 dulu.. sekarang giliran si hazwan tu... hehe

Masy said...

sy pon dah xde abah tp sy ttp sygkan abah sy cam dulu2 gak.

(ayat tak emo ni. hehe)

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia.

Memang nilai kasih kedua-duanya tiada batasan, dan tidak mampu kita balaskan. Biarpun kita hadiahkan dunia ini kepada mereka.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Noorlara,

"fitrah manusia, memzahirkan kasih sayang antara manusia lelaki dan manusia perempuan - tentu ada kelainannya" ...

Basuh Baju said...

sayangilah bapa anda selagi dia masih ada..