Friday, June 05, 2009
Seraga makanan buatan Malaysia
Balik dari menziarahi sahabat A di Bangi kami dibekalkan seraga makanan buatan Malaysia, ada kerepek, kuih ros, kuih bakar, popiah mini, kuih karas, rempeyek dan keropok. Ditambah pula dengan minuman jus buah Melaka, jus mangga, sos
papa cili (papaya + cili), kopi dan teh, menjadikan ia satu pemberian yang lengkap.
Semua makanan tersebut dibungkus cantik seperti barangan yang biasa kita temui di pasaraya. Pembungkusan berkualiti dan saiz kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih kecil dan mudah pantas menggamit selera pembeli. Tentu sekali barangan tersebut ada yang telah menembusi pasaran luar negara. Sudah tiba masanya kita memberi keutamaan kepada barangan buatan Malaysia untuk keperluan harian mahupun sebagai cenderahati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Wah wah wah cukup bersemangat berjatidiri tinggi utamakan buatan negara kita. Hebat, inilah yang perlu kita contohi.
complete ghitewww..
beli lah barangan buatan malaysia..anda mampu mengubah nya.. hehe
setuju dng Zino. belilah barangan tempatan....
n3 yg dpt menyedarkan org ramai tentang produk Malaysia. asyik beli barang import jer. skrg kita beralih arah pulak. ;)
bagus kau promote barang buatan Malaysia...
masa aku hadir seminar SMEDEC last month..baru aku tau bahawa malaysia ada banyak baranggan yang berkualiti tapi kita ajer yang tak tahu.....
saya suka kuih2 tradisional :)
Salam Noorlara,
murah rezeki ya,
orang berbudi, kita berbahasa
orang memberi, kita merasa.
Barang buatan malaysia pun tak kurang hebatnya kan?
p/s maaf ye noor..lama kak tirana tak masuk ke sini..Noor sihat ke?
Seraga makanan tak apa jangan sebutir C4. Punah ranah dunia!
Noor,
Mmg langkah kanan ye.. :). Made in mana tu? Bak kata iklan kasut made in Gombak, lps lbh 50 merdeka, kita kena yakin dgn barang buatan tempatan :).
Bole bagi ctc kilang utk order. My email isnazran@gmail.com
Post a Comment