Sunday, May 31, 2009

Bila makan...



Bukan mudah untuk mengenal hatibudi seseorang. Kita memerlukan sekurang-kurangnya seminggu atau lebih untuk bergaul sambil mengamati tingkahlakunya dari percakapan dan tindaktanduk yang berlainan pada situasi yang berasingan. Itupun kalau kita berjumpa dengan mereka yang bebas dari sikap hipokrit sedangkan ramai antara kita yang pandai berlakon atau berpura-pura demi menjaga imej diri. Apapun dalam keadaan tertentu yang mengujakan keperibadian seseorang yang sebenarnya akan terserlah. Justeru jangan terkejut kalau sidia yang kita sangka pemalu dan santun tiba-tiba saja bertukar menjadi amat terbuka dan lepas laku.

Memerhatikan perlakuan seseorang di dewan makan dengan jamuan secara "buffet" pantas memberitahu kita serba sedikit perangai sidia. Mengambil makanan ikut selera bukan ikut keperluan sehingga penuh sepinggan menunjukkan betapa sidia tidak pedulikan orang lain yang terkemudian disamping membuat sesuatu perkara tanpa perancangan dan diluar keperluan. Makan terlalu cepat, bercakap ketika mulut penuh makanan dan garfusudu menari nari ke atas ke bawah tentu akan menjejaskan imej seseorang tidak kira bagaimana tampan atau jelitanya dia. Tentu kita akan tertnya-tanya kemana perginya adab atau etiket. Justeru berhati-hati di meja makan jangan sampai orang terbeliak biji mata dan terlopong gara-gara kita yang buruk makan...malu ahh

7 comments:

Mak Su said...

hahahaha, makan adalah seperti driving. orang selalu lupa diri

gelak jer tengok.

mamai said...

sekiranya kau perhatikan diri mu....
maka kau akan ketemu jawapannya...
mungkin kita berkata orang makan nasi mana mugkin sama dengan orang yang makan spegethi...
hakikatnya..kita tetap sama dengan yang makan chapati...
bezanya cuma bila akal ikut hati...







....mecari sesuap nasi dari timbunan samapah....

D'Rimba said...

Melayu akan terbilang jika berjaya kembalikan bahasa ilmu seluruhnya dalam bahasa Melayu....

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Noorlara,

syukur kita cukup makan di kala ini,
ramai yang tak makan di luar sana ...

dan, tidak dinafikan "cara makan" sedikit sebanyak dapat melambangkan diri individu.

Masy said...

klu mkn buffet, sy mesti jadi bingung sbb tatau nk amek ape. so kene ulang alik 2-3 kali la hihihi

arsaili said...

salam..satu ingatan yang baik..kekadang kita mudah lupa

chekdenoor said...

Aha..... makan....ukhussss.. minggu ni chekdee kena kontrol makan......kena diet banyak sebab berat dah naik balek...sedihhhhnya