Saturday, May 02, 2009

Sembahyang Jumaat

kalaupun terlena sekejap ketika imam membaca khutbah tapi keikhlasan anak muda ini mengunjungi rumah Allah saban minggu harus dipuji


Jumaat lalu waktu tengahari tu singgah makan di Restoran Jatayu di Medan Gopeng yang terkenal dengan masakan Minang. Sendirian sebab A di Alor Setar menghadiri seminar sejak semalam. Kembung panggang cecah air asam, sayur nangka masak lemak dan daging dendeng dengan sirap limau tanpa gula ermmm...tv di restoran tu sedang menyiarkan lintas lansung sembahyang jumaat dari Masjid Negara dan serentak pula kedengaran azan dari masjid yang jauhnya tidak sampai 500 meter dari situ.

Namun aku agak terkejut dan hairan kerana kelihatan beberapa orang lelaki yang dengan selamba kodok masih berbual santai sambil menjamu selera, malah beberapa minit pula muncul makin ramai nak-nak muda melayu yang pada dasarnya tentulah beragama Islam untuk makan tengahari di situ. Ringan rasanya mulut ni nak menegur atau mengingatkan mereka pergi mengerjakan sembahyang ke masjid. Logiknya kalaulah sembahyang jumaat yang seminggu sekalipun dipandang ringan apatah lagi sembahyang waktu, mudah-mudahan perkara ini tidak berlaku. Rasa sedih, marah dan kesal....inilah antara kelemahan umat islam ketika ini mengabaikan perintah Allah dengan mendahulukan urusan dunia, meninggalkan ibadah tanpa rasa malu dan takut dosa!

5 comments:

a.b geldofg said...

kan bagus kalau jumaat mjadi hari cuti malaya

kata negara islam

Tirana said...

Manusia di akhir zaman...nafsu lebih diutamakan dari perintah tuhan..

arryani said...

Ada pulak peniaga yg amik kesempatan jual itu ini kat depan masjid...orang tekun solat, dia sibuk kira untung.lagila haru biru...

chekdenoor said...

ahaha......kata hubby chekdee...waktu yang paling mengantuk ialah bila dengar ceramah agama...... atau kutbah jumaat hehehehehehe.....

Masy said...

badan dorg kebal api neraka kot