Wednesday, April 22, 2009

Tenang-tenang air...


Kita biasa mendengar pepatah lama berbunyi air tenang jangan disangka tiada buaya. Persoalannya adake buaya yang tinggal di air yang berombak dan berarus deras. Kurang arifle pulak mengenai habitat sang bedal tu.

Begitulah indah khazanah bahasa datuk nenek kita dahulu sehinggakan peringatan dan amaran yang diberi dilafazkan dalam ayat yang amat bersahaja namun maksud yang tersirat nyata tegas. Maka sudah tentu akal yang jernih dan cerdik sahaja dapat mengerti akan maknanya.

Justeru sehingga sekarang turun temurun atau dari generasi ke generasi ungkapan itu terus subur dalam kehidupan masyarakat. Ingat, air tenang jangan disangka tiada buaya kerana hakikat kejadian manusia itu seandainya berjaya mempertingkatkan harkat, darjat dan martabat diri maka sering dia digelar malaikat hidup sedangkan jika perlakuan sentiasa menyalahi hukum agama dan peraturan sudah tentu pantas dia lebih mirip kepada perangainya haiwan.

Terpulang kepada kita mendefinisikan ungkapan tersebut secara positif atau sebaliknya. Namun apa yang lebih penting ialah kalau sudah tahu kemungkinan ada buaya di air yang tenang maka janganlah terlalu mendekat-dekatkan diri kerana ditakuti akan kena baham.

12 comments:

Mak Su said...

akak, juga ada, sarang tebuan jangan dijolok... sebagai peringatan kepada kita. orang2 tua melayu dahulu memang bijak-bijak.

Atan said...

jangan berumah di tepi pantai kalau takut di lambung ombak

D'Rimba said...

Hebat dirimu bermain kata cukup bermakna menusuk jiwa............

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam pagi Anjunglara,

suatu peringatan buat kita semua,

cantiknya bahasa orang dulu-dulu ...

en_me said...

ammvoiii akak tewww..

zino said...

air di cincang tak akan putus..... tapi kalau ais boleh hehe

ONE ZABA said...

buaya yang tenang juga jgn disangka tiada air.

Uncle Lee said...

Hi Noorlara, nice pic, but regret my bahasa is out here, only recognise the word 'buaya', ha ha.
Anyway, have a pleasant weekend, Lee.

Masy said...

betoi3

arsaili said...

salam..tenang2 air, jangan di sangka tade jerung....kat sini byk jerung ahaha

a.b geldofg said...

akulah buaya yg ko mksudkan itu

hati2

arsaili said...

salam, yea sy pun berharap kerajaan akan memperkenalkan 'kanser screening' terhadap kumpulan yg berisiko...interm of onkos tu byk arrangement bole dilakukan, contohnya pekerja kerajaan, kerajaan bole kasi free screening sebab secara jangka panjang ia lebih jimat. Sebab bygkan kalau dh menghidap kanser, kos rawatan yg kerajaan tanggung lagi besar...ubat-ubatan dan sebagainya. Begitu juga sektor swasta yg menanggung kos perubatan pekerja kan...those yg tade pekerjaan tetap dan sebagainya..bole mendapat bantuan dari mana2 organisasi.