Monday, April 06, 2009

Pantun lama


Kelip-kelip kusangka api
kalau api mana sumbunya
hilang ghaib kusangka mati
kalau mati mana kuburnya

Apa merayap di tengah sawah
anak kepiting di celah batu
apa diharap kepada saya
saya yang miskin lagi piatu

10 comments:

naz ilyn said...

salam...
hilang ghaib ku sangka mati
kalau mata mana kuburnya
usah rajuk menghilang diri
takut nanti cepat tua

apa diharap kepada saya
saya yang miskin lagi piatu
memang saya tak punya apa
cuma blog tempat mengadu

ONE ZABA said...

buah langsat kuning mencelah,
senduduk tidak berbunga lagi;
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.

orang muara menarik kemudi,
hanyut selasih berdaun muda;
kuntum mesra tanamnya budi,
sinar kasihpayungnya setia.

Masy said...

pantun kedua tu mcm tak kena je kan?

klu 'sawah' tu tukar dgn 'paya' baru kena rasanya :)

zino said...

alamak kena pantun ke? hehe

satu dua tiga empat
lima enam tujuh lapan..
kalau di usaha pastikan dapat
hasrat di hati jangan di simpan..

dua tiga kucing berlari
mana nak sama dengan kuda
jangan terlalu merendah diri
tetap bersyukur apa yg ada

ok lah kan.. hehe

Mak Su said...

pantun yg evergreen, tak lapuk ditelan zamn

Abang Long said...

Maaf. Tidak pandai berpantun. Tapi rasa hiba dengan pantun yang disiarkan.

arryani said...

Saya nak pantun jugak...Jap eh..dok pikir nih...



hilang ghaib ku sangka mati
kalau mati mana kuburnya
jangan dengar gossip terkini
dia belum mati rupanya...

apa di harap kepada saya
saya yang miskin lagi piatu
tapi anda boleh diharap juga
menjadi tempat saya mengadu

Boleh pakai ke?? Cam tak best jek?? Alah, lebih kurang halal lah...hehe

en_me said...

chanteknyerrr fanntun ghiteww..

Mohd Fauzi Shaharom said...

SELAT MELAKA AIRNYA BIRU,
TEMPAT PEDAGANG BERTUKAR BARANG,
SUDAHLAH DIRI YATIM PIATU,
RUPA TIADA MISKIN PULA..

Abu Widad said...

blog ni mmg kalau nk komen kena sampaikan dalam bentuk pantun ke?


cmne ye.. kena usaha juga biar ada pantun ni.


asal kain daripada benang
kain dibuat sehelai kebaya
kalau rajuk usahlah dikenang
hilang di dunia akhirat bersua

cantik sungguh rupa tuan hamba
dihiasi pula akhlak mulia
tiada apa yang ingin didamba
harapan agar semua setia.

setia tuan pada Tuhan
solat malam tidak ditinggalkan
indah sungguh peribadi tuan
bila dipenuhi sinar ketaqwaan.

kalau tuan pergi ke pekan
belikan hamba bauan kasturi
ini baru satu permulaan
panjang umur bersua kembali