Friday, April 10, 2009

Sakat


Alangkah indahnya, beberapa jambak pokok sakat yang menumpang pada pokok induk yang tinggi menjulang langit. Seni taman semula jadi yang mengkagumkan. Pun begitu percayalah dalam beberapa tahun akan datang sudah barang tentu pokok induk itu akan merana sedikit demi sedikit sehinggalah ia jatuh menyembah bumi kerana jambak pokok sakat akan terus berkembang biak sehingga membunuh pokok itu.

Dalam alam manusiapun ada mereka yang macam pokok sakat, diberi muka nak kepala, diberi betis nakkan peha. Justeru berhati-hatilah dalam kehidupan. Akan tetapi apa yang lebih utama ialah jangan sampai kita sendiri berperangai macam pokok sakat!

8 comments:

ONE ZABA said...

biasanya suku sakat la yang suka jadi sakat tu. seronok jadi sakat ni...semua freee.

zino said...

lagi satu jangan suka menyakat orang tak baik hehe

kecuali suku sakat je..

mendewa said...

Pokok induk akan terus bertahan dari generasi ke generasi si sakat...ketika itu nenek moyang si sakat sudah jatuh ke bumi tapi si induk terus bertahan...

Jadilah kita seperti si induk yang murah hati memberi tumpang kepada si sakat...

guru_cikgu said...

Tumpang mungkin ada keizinan, tumpang makan hak tu yang tuan rumah tak tahan.
Nak buang dia dah jadi kawan, nak duduk sekali, dia dah jadi beban. Sabar saje leeeeeeee.......

kuIna Jentayutiara said...

itu pokok sakat yer.. tak tahu la pulak.. butanya aku.. apapn terima ksh..

a.b geldofg said...

stiap nafas mesti mlaluinya

[S]itie [B]Um [B]Um said...

btol3..

Mak Su said...

pokok sakat? parasit?

macam kena sakat plaks :)