Thursday, April 02, 2009

Kenapa...


Ikatan persahabatan amat unik dan sukar dimengertikan. Pengaruh seorang kawan dalam kehidupan kita jauh lebih kuat dari ibubapa, suamisteri dan adik beradik.


Kebanyakan suami akan mengetepikan permintaan pertolongan dari isteri dengan pelbagai alasan tapi sanggup berkorban demi kawan

Kita akan dengan mudah memaafkan kesalahan kawan tapi ada yang mengambil masa paling minima seminggu bagi memberi kemaafan kepada pasangan

Kebanyakan dari kita akan dengan murahhati menghamburkan kata pujian kepada kawan tapi jarang-jarang sekali memuji pasangan walaupun kita perasan ada hari-hari tertentu dia nampak lebih menawan atau masakannya amat sedap dan menyelerakan

Kenapa terlalu berkira untuk mengembirakan hati pasangan, bukankah perkahwinan itu suatu perkongsian perasaan, bahagiakah kita kalau pasangan terdera jiwanya?

Kenapa sukar benar berterusterang dengan pasangan tentang perasaan dan masalah sedangkan kita bisa berbicara berjam-jam meluahkan rasa hati kepada kawan

Kenapa amat berhati-hati dan komited untuk menjaga perasaan kawan sedangkan jarang sekali kita mengambil peduli perasaan pasangan

Kenapa ini harus terjadi?

Tidak adil kalau kebanyakan kita memandang remeh perkera ini kerana apa saja yang berkaitan dengan perasaan impaknya amat besar kepada kualiti hidup pasangan kita. Rasa terpenggir dan kecilhati lambat laun akan memaksa pasangan mengintai pintu keluar yang sudah barang tentu tidak kita sukai dan kalau itu terjadi...jangan salahkan orang lain!

10 comments:

Mak Su said...

iya... benar :(

AL-BIMA SAKTI said...

lara,
kita sebenarnya suka menjaga hati org yang 'jauh' dari kita, kerana ingin menjaga perhubungan.

org dekat dgn kita, kita rasakan kita tak perlu sangat dijaga hatinya, kerana dia memng sudah dekat dan hak kita.

itulah.. kekadang pertimbangan manusia itu amat mengelirukan...

ONE ZABA said...

kawanku adalah isteriku..isteriku adalah kawanku

arryani said...

Salam Noorlara

Kesian pada sesiapa yg terkena tempias mcm tu. Harap2 kita tak menerima nasib yang sama.

Slamat berkenalan..

zino said...

benar apa yg di kata...

salam kenal..

chekdenoor said...

hehehe...kalau chekdee....chekdee suka jer cakap terus terang dengan hubby sebab takut perbuatan kita disalah ertikan....

so..kalau nak minta tolong...mula-mula cakap baik-baik....tapi bila hubby buat tak endah..... kenalah tanya..."awak boleh tolong tak?" kalau tak boleh....kenapa???? heheheh...sure dia tolong punya.

Perkahwinan yang dah lama ni...tak boleh selalu guna bahasa isis tersurat dan tersirat ....sebab...kekadang bila pasangan kita malas nak tolok....dia mungkin buat-buat tak faham..... so.....kena buat cam yang chekdee sarankan....

sebab dia adalah sebahagian dari kita dan kita juga adalah sebahagian dari dia.......

kalau chekdee...chekdee lebih percayakan hubby berbanding kengkawan...

arsaili said...

salam...satu persoalan yg baik..fikir2 kan

Masy said...

sbg org bujang, sy senyum jelah eh kak :)

naz ilyn said...

salam...
betul tu... kalau kawan yang minta tolong penat atau sibuk macam mane sekali pun tetap gagahkan diri...

Uncle Lee said...

Hi Noorlara, life can be unpredictable...
you just stay easy and keep well, best regards, Lee.