Agaknya berapa lamalah masa yang diambil untuk memilih glu yang terbaik. Lagi banyak pilihan menambah pening kepala sampai tak pasti mana yang hendak dipilih.
Samada kita suka atau tidak, sedar atau tidak sebenarnya kita tidak dapat lari dari terpaksa membuat pilihan untuk kelansungan hidup. Hatta memilih jenis beras yang sesuai dan terbaikpun sudah cukup membuat kita terdera kerana pilihan yang ada terlalu banyak sedangkan kita tidak pasti apakah kualiti dan kebaikan yang didakwa itu sesuatu yang benar.
Kebanyakan kita mudah terpedaya kepada pandangan mata, yang cantik, yang indah dan yang mahal seringkali dilabelkan sebagai pilihan terbaik. Hakikatnya bila dibawa pulang, diguna barulah kita tahu bahawa kita telah tertipu oleh kesilapan yang kita lakukan sendiri.
Begitulah juga dalam memilih teman hidup (suami atau isteri). Kita menyangka kita telah mendapat intan terpilih tatapi setelah habis musim asmara yang mengasyikkan barulah kita perasan bahawa dia tidak seperti yang kita harapkan. Namun terimalah hakikat jika pasangan kita berfikiran yang sama terhadap kita. Sebenarnya pasangan kita adalah pilihan terbaik yang ditentukan Allah SWT kepada kita. Kitalah sebagai suami / isteri wajib bekerjasama untuk membina sebuah perkongsian hidup yang bahagia tanpa rasa terkilan dan sesalan. Kata orang tak dapat apa yang dicinta maka cintailah apa yang kita dapat.
5 comments:
salam malam,
pasangan yang "baik", lazimnya memiliki beberapa "ciri yang kontras" ...
"tiada kontras" mengurangkan "manis" dalam perhubungan pasangan ...
Bila kita dah semakin dewasa...dah tua....perkara yang paling susah dalam hidup ialah;
-nak buat pilihan
-nak buat keputusan
tapi...kekadang best juga
sebab kita boleh buat pilihan dan keputusan sendiri....risiko pun kena tanggung sendiri gaklah....hehehehe
*xdek komen, heheh*
macam kat tesco pengkalan je tu
Sendiri pilih, sendiri tanggung. Nak buat camna? Itulah kehidupan........
Post a Comment