Thursday, April 16, 2009

Jangan menyanyi di dapur...

Dapat isteri muda, makan kat kedai hari-haripun takpe!


Kata rang tua
anak dara menyanyi di dapur
kalau dapat suami
boleh dipanggil ayah

Teringat di zaman remaja setiap kali ke dapur aku akan terlalak-lalak menynyikan lagu-lagu yang sedang top pada ketika itu. Biasanya nyanyian yang aku perasan begitu merdu mendayu akan terhenti tiba-tiba bila nenek mula menyergah "ooi anak dara jangan menyanyi kat dapur nanti dapat laki tua" Alahai punyalah takut kalau-kalau dapat suami begitu macam senikata lagu yg didendangkan oleh Allahyarham Datin Rafeah Buang tu.

Lama selepas itu baru aku faham apa sebenarnya hikmah dari tegahan orang tua-tua dahulu supaya tidak menyanyi ketika memasak antaranya supaya kita lebih fokus kalau dah terlalu menjiwai lagu yang dilaungkan tu dibimbangi akan rentunglah nasi yang dimasak atau ikan yang digoreng sebab masa tu manalah ada periok nasi elektrik kebanyakannya masih menggunakan dapur minyak tanah malah ada lagi yang menggunakan kayu atau arang.

Masa terus berjalan dan pandangan serta penerimaan masyarakat telah berubah. Mendapat menantu yang sebaya umur atau lebih tua bukanlah satu perkara yang pelik dan agak memalukan. Selain dari itu ada juga (segelintir) anak dara yang sengaja mencari suami yang berusia untuk jaminan masa depan terutama lelaki tua dari kalangan yang berkedudukan dan berduit. Lelaki-lelaki tua dahulu menganggap anak-anak dara seperti anak sendiri yang perlu dikasihi dan dibimbingi. Sedangkan (segelintir) dari mereka di zaman ini sengaja mengambil kesempatan terhadap remaja-remaja itu untuk kepentingan diri. Apapun kita tiada hak untuk menyalahkan sesiapa sementelah seperti yang pernah diperkatakan cinta itu tidak boleh dipaksa, ia datang tanpa diundang, kalau sudah terperangkap pandai-pandailah meloloskan diri kerana ia akan hanya melukakan perasaan insan lain yang dekat dengan kita - isteri dan anak-anak.

7 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

pantang larang orang tuo ada sobab musobabnyo. Takut nasik hangit... lauk tak masak....

GURU_CIKGU said...

Tak kira tua atau muda, anak dara atau janda, anak teruna atau duda.

Semuanya sama selagi digelar manusia. Dah jodoh, nak kata apa???

ONE ZABA said...

tapi kalau udah asyik melalak je...org tua mana yg nak.org tua pun boleh jatuh lalu tiada lagi nafasnya..

Lee said...

Hi Noorlara, ha ha, dapat isteri muda makan outside pu tapa?
Alamak, mati la saya begitu.
Tidak...kalu saya, I interview first, double check her resume, boleh buat sambal belachan? Can cook ikan masak lemak, ayam percik? Nasi lemak?

Then give test? Arhaaa ha ha. Just kidding.
You have a pleasant weekend, Lee.

adie said...

zaman dah berubah.. mentaliti orang skang dah open

Mak Su said...

depa skrg sengaja nyanyi kat dapur, sebab nak kan laki tua...uhuhuhu

Masy said...

sy nyanyi2 asek dpt yg muda je lah pulak. salah nyanyi kot hahahaha