Wednesday, September 14, 2005

Payung Emas


Petang tu dalam perjalanan balik dari Johor Bahru ke Ipoh di KLIA aku duduk disebelah seorang kakak, sementara menunggu kapalterbang sampai kami sempat bersembang sumbang:

Aku: Assalamualaikum (sambil bersalaman dan terus duduk
disebelahnya)
Kakak tu: Waalaikumussalam, dari mana ni nak balik Ipoh jugak ke?
(Nampaknya dia ni over d peramah le pulak)
Aku: Ye, saya dari Johor Bahru ada kerja kat sana, sorang je,
akak sorang jugak ke ni
Kakak tu: Erm sorang jugak, ade laki pun tak guna, hidup
sorang lagik bagus tak sakit hati tak pening kepala
(Alahai akak tu dah bukak story dia le pulak, aku tanye
sejengkal dia jawab bermeter-meter, aku renung wajah dia
dengan penuh tanda tanya)
Adik nak tau adeke patut dia nikah senyap-senyap ngan
budak pompuan Indon yang kerja kat kedai makan kami tu,
budak tu pun tak sedar dia, akak yg pungut dia masa dia
merempat top-top dia kebas laki akak, akak lansung tak
sangka laki akak sanggup buat macam tu. (kakak tu terus
mengomel tanpa dapat aku mencelah dan memang aku lebih
suka mendengar saja)
Aku: Sekarang ni mana suami akak tu (Aku bertanya dan
simpati mula bertapak di hati)
kakak tu: Kami dah cerai dah dekat setahun, pasal apa lak akak
nak bodohkan diri makan hati, lagipun kedai tu akak yg
punya, akak dah jualkan, anak-anak pun dah beso
panjang, sekarang akak meniaga kain kongsi ngan kawan
kat Kuantan (kakak tu terus bercerita tanpa diminta)

Engko kalau dah kawin jangan harus percaya habis kat
laki ko tu, orangg lelaki ni tak pernah nye nak
bersyukur dengan satu isteri, makan minum kita bagi pun
masih nak menggatal tak sedar diri (kakak tu menyambung
dengan nada marah dan meluat dan aku terkulat-kulat
sambil mengiakannya)

Perbualan terhenti di situ bila panggilan untuk menaiki kapalterbang bergema diudara, kami bersalaman lagi dan berpisah.

Ini adalah peristiwa benar yang aku alami, lihatlah betapa tekanan jiwa menyebabkan kakat tu melakukan sesuatu tanpa sedar iaitu memberitahu siapa saja yang dia temui demi meluahkan gejolak di hatinya. Dari kejauhan aku dapat merasakan kesedihan dan kedukaan yang ditanggungnya walaupun dia nampak ceria akan tetapi butir bicaranya memberitahu yang dia tak ok. Hatinya amat terluka dan terkilan.

Pada sahabat yang bernama lelaki dan bergelar suami, ambillah iktibar, jadilah suami yang terbaik, isteri anda mungkin bukan yang terbaik namun andalah yang bertanggungjawab mencorakkannya mengikut kehendak anda berlandaskan kepada hukum islam yang sempurna. Jadilah payung emas kepada isteri di dunia ini bukan sibuk nak mencarikan payung emas untuk mereka di akhirat. Cinta terlarang memanglah mengasyikkan tapi risikonya bukan saja kepada kehidupan sendiri tapi anak-anak dan isteri. Macam mencabut paku di papan, walaubagaimana anda cuba memperbaiki papan itu semula namun ia tak akan kembali seperti asal untuk selamanya.

12 comments:

jed1 said...

menarik perbualan ngan akak tuh :)

noorlara said...

jed1,
ingat jgn tak ingat jadilah lelaki yg menjadi kebanggaan ibu, isteri dan anak-anak

Noushy Syah said...

emmmm..akak....lelaki yg mendamaikan hati lelaki jua yg meruntuhkan perasaan spt jua perempuan...I guess we are equal...cuma sometimes nasib yg menyebelahi kita...

admin said...

emm...kak noor, lelaki slalu tamak dlm perhubungan... mereka ingin diri d kasihi, d belai,d manja dari sgala segi, tapi kita? mereka hanya pandai mencari "kesalahan kita"....

noorlara said...

Noush dan Ita

For me, man is really very funny species in d word, most of them keep in looking wanita terbaik untuk hidup disisi mereka sedangkan yg terbaik itu sebenarnya telah pun bersama mereka for a years.

Pesona yg paling bahaya buat mereka adalah kita, wanita! Kegagahan, kehebatan, kekuasaan dan kecerdikan mereka akan cair hanya kerana seorg wanita yg dapat menakluk dan menundukkan ego mereka.

Mereka juga bagai anak-anak kecil yg sentiasa mahukan anak patung mainan org lain walaupun anak patung mereka sebenarnya lebih berkualiti dan berharga. Pun begitu bukanlah semua, kebanyakan mereka sahaja...

Noushy Syah said...

kak noor..i love the man who pandai memujuk bila i merajuk awwww.....dan yg boleh diminta perlindungan bila perlu...ofcourse dgn yg itu dan ini lagi kan akak?

Masy said...

ermm..selalunya mmg macam tu...manusia mana kenal erti 'puas' klu bab2 macam ni..
huhhuhuhu..memintak aa laki den sok sayang den sorang je sbg binik dia..huhuhuhuhuu..

noorlara said...

Noush n masy, sebenonye dlm perhubungan 2 jiwa, bertolak ansur amat perlu, kita majuk dia pujuk, dia majuk kita pujuk, kesetiaan sesuatu yg dinamik, mesti ering dipupuk dan dijaga agar ia sentiasa terus bertahan. Suka menemukan cinta dan kasihsayang sejati di zaman sekarang ni, kecuali pasangan kita tu buta, pejak dan bisu, masalahnya sanggupke kita?

Noushy Syah said...

errr kak noor ...xnak arrr yg pekek n bisu maaaa..kang lain yg noush nak lain pulak jadinya...hehhehe

cenderawasih said...

Lelaki mmg macam tu kalau diberi muka. Lain kali bagi penampaq baru diorang tahu langit tinggi rendahnya. Ish! sadisnya aku ni...

noorlara said...

Amboi kamu ni Zalisa emang sadis ah, adeke patut nak bagik penampaq ke depa, tak baik tau, takut-takut hang kena sepak dulu, hakak ingat bagik racun tikui jek (ish betui ke haku ni).
Jgn layan lelaki yg kita cinta ngan kasaq tak baiik doser tu

noorlara said...

Apa-apalah noush asalkan lelaki pilihan ko tu bakal membantu menjadikan dunia ni surga kehidupanmu dgn syarat saling bekerjasama