Tuesday, March 31, 2009
Betulke cinta itu buta?
Bila seorang lelaki warga emas beristerikan perawan seusia umur cucunya, kita akan menganggap itu adalah biasa. Akan tetapi bila anak teruna yang tampan muda belia beristeri seorang wanita sebaya neneknya, kita akan mencemuh dan membuat berbagai-bagai andaian antaranya:
Budak lelaki tu mesti kahwin sebab nakkan harta pompuan tua tu
Budak lelaki tu dah kena ubat guna-guna
Budak lelaki tu dah gila agaknya
Pompuan tua tak sedar diri dah nak mati masih menggatal lagi
dan lagi dan lagi.....
Siapakah kita untuk membuat tohmahan dan menjatuhi hukuman terhadap mereka. Kekadang kita lupa hakikat cinta bahawa ia datang tanpa diundang. Bila cinta hadir tiada apa yang dapat menghalang, semua yang ada pada sidia amat indah dan mengasyikkan. Itu sebab orang kata cinta itu buta sedangkan realitinya kita yang menjadi buta dan pekak kerana cinta. Alangkah hebatnya penangan cinta.
Betapalah bila kita bisa mencinta Allah SWT melebihi dari segala seuatu sehingga rasa takut kepada neraka akan mengekang kita dari berbuat dosa supaya kita bisa bertemu Dia di surga. BertemuNYA yang sewajarnya amat dicinta!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
baguslah dia kawen ngn pompuan tua. maka ramai le lagi pompuan muda. peluang masih adaaaaa ..... heee...heeee.
cinta tk kenal sesiapa
kita ni tak reti, tapi mesti nak kutuk gaks.... adakalanya, cinta itu juga sangat suci dan sejati :)
Lakukanlah apa sahaja asalkan bahagia...........
memang nama mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi karektor seseorang. lama tak dengar nama pompuan berdasarkan bunga macam kenanga, cempaka, melati, tanjung dan siantan
isyhhh... biar betul... tapi jodoh tu rahsia Allah... dia yang tentukan.
Cinta adalah ketentuan Allah.
salam
memang susah hendak dapat lelaki yang menghargai perempuan sebegitu rupa......lagilah zaman sekarang ni, macam-macam ada.... ;-)
oh... terlalu butanya...
nak tergelak nengok gambor tu.tapi ape bleh buat, jodoh ditangan tuhan.
Post a Comment