Saturday, May 09, 2009
Kuasa
Manusia sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita. Sampai satu ketika dimana matlamat menghalalkan cara. Lumrah naluri manusia nak jadi kaya, sudah kaya mahu pula berkuasa dan yang telah beberapa lama seronok memegang tampuk kuasa dengan sanjungan dan kemewahan yang datang menggolek kerana kuasa yang dipegang akhirnya akan berusaha untuk kekal berkuasa walaupun menyedari mereka tidak diperlukan lagi atau orang sudah menyampah dan meluat.
Sebenarnya kita yang disekeliling yang memberi ruang dan peluang untuk golongan tersebut bermaharajalela. Akibatnya mereka yang gila kuasa akan terus dengan agenda yang hanya berpihak kepada mereka dan lebih mendukacita tindaktanduk itu menjejaskan kesejahteraan kita. Inilah masalahnya bila kuasa yang diberi tidak dilaksanakan berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi, sedangkan kuasa yang dipinjamkan itu adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan kemudian hari kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
itulah manusia... memperkosa alam tanpa belas kasihan semata-mata ngikut hawa nafsu.
manusia selalu lupa yg dia manusia
Tepat apa yang dikata...Terlalu tegar terus melaksanakan acuan barat agar mereka terus berkuasa dan menikmati hasil yang ada berkonsi bersama saudara mara juga orang asing yang boleh menjanjikan mereka akan terus berkuasa...Pesawah padi bertungkus lumus bangsa kita tapi hasilnya tidak seberapa dan akhirnya pekilang bukan Melayu yang kaut untung berlambak-lambak sampai sekarang hasil dasar penswastaan mereka perlaksana tegar acuan barat...
yg ada kuasa, mahu mengumpul harta menggunakan kuasanya.
yang ada harta, mahu memegang kuasa dengan menaburkan
hartanya...
itulah manusia....
salam...
dengan rasa rendah dirinya ada award dan kad untuk kak noorlara sila ambil terima kasih...
salam..happy mother day...may ALLAH bless u
Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty
Post a Comment