Friday, May 15, 2009

Sayang anakku sayang



Akhbar hari ini menceritakan betapa seorang gadis (masih boleh dipanggil gadiske?)telah melahirkan anak luar nikah, membungkus bayi lelaki itu dengan surat khabar serta dimasukkan dalam plastik hitam sebelum disorokkan di bawah katil selama tiga (3) hari. Kalaupun ini bukan kes pembunuhan bayi yang pertama malah sudah terlalu kerap didengari namun kes ini amat mengerikan, bayangkanlah sekiranya bayi yang tidak berdosa itu dibungkus ketika dia masih bernyawa, alangkah kejamnya manusia. Suatu tahap manusia sanggup melakukan apa saja demi untuk menutup malu.

Saat bertarung nyawa dan menanggung kesakitan yang tak tergambarkan tidak cukup untuk menumpahkan kasihsayang seorang ibu kepada bayi yang sekian lama dikandung itu.
Suatu hari bernama esok wanita ini pasti akan menyesali perbuatannya.
Betapa kecewa dan hancurnya hati ibubapa wanita tersebut. Tidak wajar meletakkan kesalahan dibahu mereka saja

Ini adalah antara cabaran kita sebagai ibubapa dalam menjaga perilaku anak-anak sementelah sekarang kebanyakan mereka meninggalkan rumah seawal umur tiga belas tahun (13)
masuk asrama untuk belajar. Berjauhan akan membataskan peluang kita membesarkan mereka dengan tunjukajar tatasusila dan bimbingan agama yang secukupnya.

Pemantauan melalui telefon bertanya khabar dan diselitkan dengan nasihat dan peringatan sekerap mungkin perlu dilakukan untuk mmberitahu anak-anak yang di perantauan kerana belajar atau sudah bekerja bahawa kita sentiasa memerhatikan mereka dari jauh. Selebihnya doa kepada Allah Taala semoga mereka sentiasa dalam perlindunganNYA



Binatangpun tahu sayangkan anak...

8 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam malam noorlara,

ibu bapa kadangnya seperti "pembina jalan raya", anak-anak pula adalah "si pemandu kenderaan"

jalan telah elok liku kanan kirinya, tapi kekadangnya si pemandunya yang "hilang kawalannya"...

moga anak-anak kita diberi kekuatanNYA.

ONE ZABA said...

inilah antara kejadian yang makin menjadi-jadi. bagai tiada langsung usaha yg dilakukan utk menangani gejala sosial ini. bagi kita sebagai ibu bapa, sgt menakutkan utk melihat anak-anak yang makin membesar ni.

D'Rimba said...

Saya belum kecapi nikmat itu. Mari sama-sama kita contohi pendekatan dakwah Rasulullah itu sendiri...

Lee said...

Hi Noorlara, cute pics you have here.
Mothers are very protective with their kids.
Have a pleasant weekend,Lee.

de_kerinchi said...

salam,

Kes sebegini amat mengaibkan.

Tetapi sebenarnya para wanita harus ingat bila terjadi kes begini wanita yang akan menanggung akibatnya, berbanding si jantan celaka tuu...orang jantan yang terlibat biasanya cuci tangan dan keaiban tetap terpaksa dihadapi sang wanita berseorangan.

Sebenarnya, samada kita sedar atau tidak apabila kita melakukan sesuatu kejahatan , Allah s.w.t. sudah membalasnya di dunia...

AL-BIMA SAKTI said...

tersilap langkah akan terngadah.
tersilap pertimbangan hilang kemanusiaan.
tersilap pedoman hilang haluan...

Masy said...

bile dah tua nanti baru nk nyesal. huhuh

D'Rimba said...

Satu sahaja cara kembali sepenuhnya kepada Islam sejati dengan bangsa yang semakin membarat sekarang ini......