Wednesday, May 06, 2009
Selimut Putih
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )
( ulang 2 )
Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya
Lagu ini amat ku sukai dan hafal sedari kecil hingga kini. Liriknya saja tentu akan membuat kita insaf dan aedar bahawa dunia ini adalah persinggahan untuk mengumpul bekal ke SANA. Membayangkan diri dimandi, dikafan dan dikebumikan......erm justeru berbaloikah jika ada antara kita yang masih sombong dan angkuh dengan kekayaan, pangkat dan status sedangkan semua itu pinjaman dan ujian semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
lagu ni atan masih kecik lagi dah ada..insaf
lara,
dunia hanya sementara,
tempat mencipta dosa dan pahala,
mana yang lebih bermakna,
sendiri mau ingat la....
wah insof di situ
salam...
lagu lama punya lirik yang mempunyai maksud yang terkesan walau pun ianya berkaitan dengan kejadian seharian... tiada yang abadi.
arwah mak saya suka lagu ni
TE MANDO UN SALUDO DESDE ALGÙN MÌMICO LUGAR DE MÈXICO.
"LA VIDA ES UN GRAN CIRCO, PERO SIN ESPECTADORES"
PD. TE ESPERO POR MI SITIO. CIAO
sampai masa kita akan di jemput ke sana...
Post a Comment