Tuesday, December 02, 2008

Selesai sebuah kisah atau mulanya suatu masaalah



Jumaat lalu aku terima sms dari kawan yang aku ceritakan sebelum ini, beliau menyatakan bahawa talak tidak dapat dijatuhkan kerana hakim yang menendalikan kes itu meninggaldunia, lalu aku membalas dengan meminta dia bersabar dengan ujian getir yang dilaluinya itu. Sebagai seorang wanita aku dapat merasakan beban yang tergalas dibahunya namun aku hanya bisa menasihati dan berdoa tidak lebih dari itu.

Apapun beberapa hari selepas itu sms berbau ceria darinya menyatakan bahawa talak satu telah dijatuhkan, aku tahu dia bagaikan telah terlepas dari cengkaman penderitaan yang amat pedih tapi tetap bersedih kerana pada pendapatnya suami yang dicintai sepenuh jiwa raga itu masih tercari-cari cinta sebenar.

Justeru ini merupakan hal peribadi dan rumahtangga maka aku lebih suka berdiri di tengah-tengah tanpa perlu menghukum atau menyebelahi sesiapa. Aku percaya lambat laun sisuami akan menyedari bahawa berlian yang didambarkan selama telah lama dimiliki berada di depan mata dan tidak mudah tersilau oleh kilauan kaca yang penuh pesona. Mudah-mudahan pasangan itu akan menemukan kebahagian dan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

3 comments:

Masy said...

apa yg dikahwini itulah yg tbaik utk kita sebenarnya kan kak. cuma klu dpt yg jahat tu, takdir Tuhan lah.. utk kita blajar mencariNya selalu..

moga bahagia semua hendaknya :)

noorlara said...

betul masy, akak doakan semoga masy mendapat suami yg terbaik yg membimbing menjaga masy dan anak-anak nanti ke jalan jannah. (Cheewah, jiwang abis le plak)

Lee said...

Hello Noorlara, I like your name. It sounds very nice when pronouncing it.
My bahasa ya la jurassic, sebelum Merdeka but saya boleh faham your this posting about 34%, ha ha.

Allow me to add, we have to take the good with the bad, smile with the sad, love what we've got. Remember what we've had, learn from our mistakes, but never regret.
People change, things go wrong, but remember, life goes on.
To live our life with no excuses, to love with no regrets.

You keep well, Noorlara and have a great week. Best regards, Lee.